Posts

Showing posts from September, 2009
Image
SALAM AIDIL FITRI ..MAAF ZAHIR BATIN.. dari....HERMEE TAHIR (Abu Adli), SITI SHAMTIDAR BOAHARI (Ummu Adli), SYAHMI ADLI, MUS'AB UMAYR, ASMA' AMATULLAH, SYIFA AQILAH, ZUBAYR AFIF

Robohkan rumah ini!!

Image
Pada suatu hari Tuan Said seorang jutawan telah didatangi oleh sekumpulan penduduk kampung. Mahligai Tuan Said memang sering dikunjungi orang tapi kali ini suasananya agak lain sedikit.


"Bagaimana ye Tuan Said....Kampung kita kini sedang dilanda masalah besar." berkata wakil penduduk yang kelihatan garis-garis di dahinya


"Masalah besar??Hmm bawa bertenang .. apa masalah yang besar tu. Mari bawa berbincang." Tuan Said cuba meredakan suasana yang agak tegang itu.


"Kalau kita perhatikan.. anak-anak muda di kampung ni semakin menjadi-jadi perangainya. Liar dan kurang ajar."celah seorang penduduk lain.


"Ramai yang terpengaruh dengan budaya luar dan liar.Minggu lepas...polis tangkap 10 orang kerana berjudi haram. Malam semalam pulak polis tangkap kumpulan anak-anak muda berlumba haram. Entah apa benda haram lagi yang mereka buat." sampuk pak imam yang duduk bersetentang Tuan Said.


"Ya saya pun dah perasan perkara ini.....pergaulan bebas lelaki peremp…

Perkataan yang meluncur ke langit

Image
Sudah lama saya ingin memasukkan entri ini tapi kesempatan waktu menghambat saya...hinggalah hari ini hari ke 23 Ramadhan. Entri ini moga dapat membantu diri saya dan yang lain juga. Sumber entri ini saya ambil dari buku kecil karangan M.Anis Matta yang berjudul Setiap Saat Bersama Allah





Sinopsis buku ini sahaja telah menuntun hati saya untuk membacanya





Sehari-hari anda berdoa tapi tahukah anda erti dan hakikat dari aktiviti itu. Tahukah anda bagaimana doa akan memberi tenaga dan kekuatan jiwa yang dasyat? Tahukah anda bagaimana doa akan memberi anda kesihatan mental yang prima? Itulah seni berdoa. Seni yang mengajarkan bagaimana menjalani hidup dengan khusyuk!!



Jangan kita trpedaya kpd mereka yang mengatakan doa itu satu bentuk ketidakberdayaan (doa tidak mempunyai kemampuan). DOA ITU KEKUATAN!!


"Doa itu senjata seorang mukmin, tiang agama, serta cahaya langit dan bumi" HR al hakim dari Ali bin Abi Talib


Senjata doa itu berupaya membina PERISAI dari segala macam musibah.


Ibnu al…

Malam al Qadar yang didambakan

Image
Apakah malam qadar(lailatul qadar)??

Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara dari perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun. Ia berlaku pada bulan Ramadhan yang keistimewaannya ia lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan 84 tahun.

Bilakah akan berlakunya malam Qadar??

Ilmu tentang bilakah ia berlaku telah diambil oleh Allah dari Nabi gara-gara kesalahan pertengkaran yang dilakukan oleh dua orang lelaki di antara kaum muslimin.

'Ubadah bin as Shamit berkata:" Bahawa Rasulullah saw keluar untuk memberitahu tentang lailatul qadar, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar, maka baginda bersabda:"sesungguhnya aku keluar untuk memberitahu kalian tentang lailatul qadar. tetapi sesungguhnya si fulan dan si fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang lailatul qadar). namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. carilah lailatul qadar pada malam tujuh, sembilan dan lima(yang terakhir)." HR al Bukhari

Aisyah ra meriwayatkan bahaw…

Kapur dan pemadam

Image
Pada suatu hari seorang guru sedang mengajar di dalam kelas. Mungkin kerana masa yang telah menginjak lewat petang pelajar kelihatan tidak bersemangat mengikuti pembelajaran bagi subjek sejarah.
"ok lah kita tak payah belajar hari ni...kita buat games." Guru itu bersuara setelah agak lama diam memikir sambil merenung pelajar-pelajarnya.
"Ok!" pelajar-pelajar menjawab dengan penuh semangat. Hilang muka kebosanan mereka.
"Kalau cikgu angkat kapur ini ramai-ramai sebut kapur. kalau cikgu angkat pemadam ramai-ramai sebut pemadam. Sebut dengan betul dan kuat ok." Guru itu memberi arahan dengan semangat.
Maka mulailah mereka melakukan permainan tersebut. Guru itu mengangkat dan menunjuk kapur dan pelajar berseru dengan kuat menyebut kapur dan sebaliknya bagi pemadam.
"Baiklah sekarang kita tukar. Cikgu hendak kamu sebut kapur bila cikgu angkat pemadam dan sebut pemadam bila cikgu angkat kapur." Guru itu memberi arahan kedua.
Permainan kedua itu berjalan de…