Posts

Showing posts from 2013
Video Bdak Baru Pandai Naik Basikal

        Zubayr mula belajar naik basikal tanpa tayar sokongan pada 25 November 2013. Padaumurnya 4 tahunlebih ..seperti jugaabang-abangdankakak-kakaknya.Latihanmenunggangbasikalinisayalakukanpadawaktucutisekolah yang agakpanjang.Selalunyasayamemperuntukkanwaktuselamaseminggu.Pralatihanbermuladenganmenunjukkanrakan-rakan lain yang seusia pun boleh berbasikal. Ini penting supaya dia mempunyai keyakinan yang jitu terhadap dirinya sendiri. Setelah dia yakin barulah saya menanamkan keyakinan bahawa saya sebagai jurulatihnya boleh membimbingnya sehingga berjaya. Dia mesti percaya pada dirinya dan pada jurulatihnya. Misi latihan akan jadi sangat mudah.
 Saya mulakan dengan membuang tayar sokongan sebelah kanan. Ia berlangsung selama dua hari. Sesi latihan ini untuk mengimbang badan. Sesi ini memerlukan kesabaran kerana anak berasa takut. Ketika ini kita perlu sentiasa memberikan semangat dan banyak membantunya supaya dia tidak jatuh. Penat jugalah berlari …

Dunia Jambatan Akirat vs Dunia Benteng Akhirat

Dunia Jambatan Akhirat vs Dunia Benteng Akhirat

Kita tidak pernah mungkin akan hidup lama. Tidakmungkin. Dunia yang kita pijak di atasnya hari ini mungkin akan ditinggalkan..dan kita mendiami perut bumi...lalu kita dipijak-pijak.

Hari ini kita menongkat langit..mendongak dan memandang ke atas dengan cita-cita yang tinggi melangit. Mungkin besok kita wajah kita menyembam bumi dan mencium hanyirnya tanah.

Dunia ini bukan milik kita bahkan bukan milik mana-mana makhluk. Duniainifatamorgana yang menipumereka yang dungu. Meski si dungu sedar yang amat bahawa genangan air yang terlihat hanyalah fatamorgana tapi itulah yang dikejar dan diburu.Siapakah si dungu. Kitalah!!!

Kita tidak pernah selesai mengurusi dunia sehari-hari dan setiap saat. Manakala bila melakukan urusan akhirat sangat berkira. Dunia yang kitauruskandi"make up" sebagai urusan akhirat ... duniajambatanakhirat. Tapi akhirnya yang terjadi dunia benteng akhirat.

Kita tidak mungkin sedar sehingga saatnya kita meninggal…

to my little girls

Image
(credit)tq for those wrote this beutiful poem

Ini kalilah..dari pakcik apek

Hari tu saya terserempak dengan pakcik apek..
marah betul dia...
bila ditanya...
Ini semua rasuah...rasuah

Pakcik apek  meluat sungguh dengan rasuah
Dia gigih berusaha
membanting tulang dari subuh ke senja
bila dia nak buat projek sikit
dia kena hulur duit bawah meja
bila projek  nak dibesarkan
dia kena belanja orang besar makan-makan
bila projek nak dikembangkan
dia kena bank-in duit dalam akaun somebody
dengan muka manis tapi hati yang sangat meluat
dia pun ikut arahan orang besar

Ini kali mereka main rasuah juga
ini kali mereka mahu beli undi
ini kali macam-macam mereka bagi
Pakcik apek macam nak termuntah
mereka orang besar tapi hati kecik
mereka hati kecik nafsu besar
mereka nak jadi orang besar sampai kiamat

Pakcik apek geleng kepala
pakcik apek beristighfar
pakcik apek tadah tangan
moga Allah selamatkan negara ini
dari manusia yang tak nampak jalan lurus
jalan yang diredhaiNya
pakcik apek dah insaf
lain kali dia tak nak bagi rasuah
Ini kali dia mahu UBAH



PRU.. membuka busuknya bangkai??

Image
Semakin dekat menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13, maka semakin galak aktiviti memancing undi dan simpati. Ada yang dah tak main pancing-pancing tapi mereka menggunakan kaedah bom ikan. Kaedah ini memang akan meraih banyak tangkapan tapi kesannya pada jangka panjang menggusarkan. Bila si penangkap ikan menjadi rakus dan tamak maka jalan paling singkat ialah dengan menggunakan bom ikan. Bila bom ini digunakan maka akan musnahlah waris-waris ikan. Dalam isu pilihanraya, bagi pendapat saya menfitnah lawan merupakan teknik menggunakan bom ikan. Walhal semua tahu bahawa bahan yang direka itu merupakan fitnah, fitnah dan fitnah.

Kaedah berkempen ini ada baiknya kerana pengundi mendapat maklumat baru atau maklumat dikemaskini. Apabila mendengar penerangan dan hujahan si pemidato, khalayak yang bijak akan membuat kajian dan penelitian. Meskipun tidak dapat dinafikan masih ada orang yang percaya bulat-bulat tanpa usul periksa tapi masyarakat bijak dan berfikir sudah mula dominan. (ini melalui p…

Cuti yang Tak kesampaian

Image
Andainya...

Dah lama saya dan suami merancang untuk bercuti. Tapi rancangan kami memang banyak halangan..Halangan paling besar ialah ketidak pastian tarikh PRU13. Disebabkan itu kami takut untuk membuat tempahan awal. Dulu masa anak-anak masih sangat kecik dan ada baby...memang saya tak berapa suka nak bercuti ke tempat yang jauh. Kalau pergi pun bersama adik-beradik sebagai pembantu. Bukannya apa..kesian tengok baby dan anak yang tak tahu apa-apa. Masa mereka toddler..pergi taman permainan atau swimming  pun dah bercuti lah sangaaat.

Cuti sekolah ni..saya mengidam sangat nak pergi berjalan-jalan ke Negeri Serambi Mekah Malaysia iaitu Kelantan. Bertuah betul orang  Kelantan negeri mereka dapat gelaran ini. Rancangan kami..kami akan naik Air Asia atau Fire Fly..sebab rasa macam tak larat nak drive sejauh itu (Johor Bahru to Kota Bahru). TAPI seperti yang saya katakan...tak boleh nak tempah tiket flight sebab PRU13. Kami ni pengundi bijak dan berwibawa. Dua undi sangat bermakna sekarang…

Oh datuk moyang...

Image
Jangan jaga tepi kain
Datuk moyang..kenapa dahulu kau cipta pepatah ini? Jangan jaga tepi kain orang datuk moyang ... salahkah jaga tepi kain orang bukankah kebaikan lebih terserlah jika menjaga tepi kain orang???
Kini..ramai yang marah kalau ditegur jangan jaga tepi kain I.. you jaga hal sendiri kubur masing-msasing...
Datuk moyang..kaya raya
kaya budi kaya bahasa datuk moyang  kaya pepatah kata tapi  ranap bangsa ini  kerana pepatah hina itu jangan jaga tepi kain orang

Datuk moyang...pepatah ini untuk apa?? Untuk memadam rasa prihatin dan tanggungjawab bersama? setiap orang... aku, aku..kau,kau jangan jaga tepi kain orang
jangan peduli apa I nak buat
Yang salah takut nak dibetulkan yang betul segan untuk diraikan nanti dikatakan jaga tepi kain orang
Datuk moyang... itu budaya apa?? bukankah adat kita teguhkan pasak kuatkan sendi sesama jiran bagai saudara sedarah sesama rakan umpama isi dan kuku bila ke bendang, anak ditinggal senang bila ke huma, harta ditinggal terjaga
Datuk moyang... b…

Besok MDP....

Setiap hari Khamis..pagi semua akan bergerak dan berprogram. Di sekolah kami, program ini di panggil Majlis Diskusi Pelajar(MDP)..nama lain bagi usrah atau study circle. Semua pelajar akan menghadiri perjumpaan dalam kumpulan kecil seramai 6 ke 7 orang. Ada kumpulan ini yang dibimbing oleh para senior mereka dan ada yang dibimbing oleh guru. Pembimbing ini berperanan sebagai naqib/ah atau mak usrah.

Sesunggunya menjadi seorang naqibah aka mak usrah aka murabbi tidak pernah  mudah. Ini kerana tanggungjawab dan amanah yang digalas  untuk mentarbiyyah sang mutarabbi yang memberikan jiwanya oleh sang murabbi yang juga manusia yang juga sedang ditarbiyyah.

Usrah bukanlah sekadar  pertemuan dalam bulatan  yang mungkin mengambil masa sejam dua tetapi usrah yang sebenar bermula seusai sesi perjumpan mingguan itu. Ini kerana sesudah pertemuan mingguan naqiba/ah sangat perlu berperanan supaya rukun usrah 3T (Taaruf, tafahum dan takaful) betul-betul mendarah daging. Liqa usrah dalam bulatan ini …

Masa berlari

Image
Dulu.....


Gambar ni tak lah lama mana..kira-kira  7 tahun lalu. Masa ni rasa tak sabar nak tengok mereka besar. Tak sabar nak tengok mereka pakai baju sekolah. Tak sabar nak ber"usrah" dengan mereka.

Kini.....

Besarlah harapan semoga mereka ini dapat menjadi pejuang-pejuang agama ini. Menjadi jurumudi dakwah.. Semoga mereka bertemu dan berkasih sayang dengan orang-orang yang mencintai Allah.Semoga mereka menjadikan setiap detik masa mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah dan membina keteguhan jiwa mereka.


Bendera jahat??

Image
Ok..kali ni saya nak cerita tentang bendera.
Ya..bendera!!!Bendera ni perkara yang paling excited bagi kanak-kanak. Saya telah mempergunakan benda alah bendera  ini waktu driving dengan Zubayr the Youngest.

Zubayr: waaa..waaa (nangis dan tak puas hati...adalah sebabnya tu)
Ummi: ok..ok...ok (pujuk, pujuk...tak tahu nak cakap  apa sebab tengah fokus)
Zubayr: waa.waa..waa.....ummiiiiiiiii (makin galak nangisnya)
Ummi: okaaay...okayyy...Haaaa...tengok tu... bendera...
Zubayr: Bendera ?....mana?...(terus pandang kiri kanan mencari benda alah bendera tu)
Ummi: Tu..kat tepi sana....(mulut sahaja yang dimuncungkan menghala ke arah deretan bendera
(matanya lekat pada deratan bendera yang banyaak di tepian jalan)
Zubayr: Bendera biru
(masa ni berhenti di traffic light)
Ummi: Cantik tak bendera tu??
Zubayr: Tak!!
Ummi: kenapa tak cantik?
Zubayr: Bendera macam jahat
Ummi:  Kenapa??????

Cuba perhati....[kredit]
Zubayr: Ada mata jahat Ummi: Ye ke??? Lagi??? (betul jugak..cuba tengok tengah dacing t…

siang vs malam

Siang vs malam

Suasana pagi itu nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menerpa bangunan di aras 3 itu. Senyap dan sunyi..semua asyik menjawab soalan bagi subjek komputer. Ujian telah berjalan 20 minit..masih berbaki 40 minit lagi. Sesekali kedengaran  bunyi helaian kertas yang diselak oleh pelajar. Tiba-tiba...daun pintu bercat hijau berkeriyut ditolak angin.....Kreeeeek....kreeekkk. Mata saya beralih  melihat pintu yang bergerak-gerak sendiri itu. Pandangan dialihkan kepada pelajar-pelajar di hadapan saya. Ada yang khusyuk menjawab dan ada yang berteleku di meja... Tiada pula yang melihat akan pintu yang berbunyi sendiri itu.

Saya pernah berada di kelas yang sama suatu ketika dahulu. Bezanya waktu malam. Malam itu saya mengadakan kelas tambahan malam untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Kelas malam itu saya kendalikan dengan mengadakan latih tubi ala-ala ujian. Bunyi keriyut pintu yang ditiup angin juga berlaku...tapi bezanya waktu itu mereka melihat ke arah pi…

Musim Ujian

Image
Sekarang musin ujian di sekolah saya. Bagi pelajar tingkatan 1dan 2 ujian yang dijalani hanya membabitkan subjek dinniyah seperti Fiqh, Sirah, Aqidah, Tafsir,Hadith, Al Quran , Hafazan dan Tajwid. Biasanya tempoh  masa sesuatu subjek bagi ujian ialah satu jam hingga satu jam setengah. Melalui pemerhatian saya selaku guru yang mengawas ujian, dengan adanya ujian,dapat menguji dan melatih para pelajar supaya duduk menekun dan fokus menjawab soalan. Pelajar juga berusaha menjaga pandangan mata dari melihat kertas jawapan kawan kerana kedudukan meja yang tidak mengikut piawai. Saya juga dapat memerhatikan tingkan laku pelajar yang tidak dapat mengawal tangan bermain-main pen atau pensil sehingga menimbulkan bunyi-bunyian.

Setiap dari kita pernah menduduki ujian atau peperiksaan di sekolah atau IPT. Sewaktu melalui proses ini berbagai-bagai perasaan yang kita alami. Kita takut, khuatir, berdebar dan bersemangat. Segala perasaan yang serba percampur baur itu diakhiri dengan perasaan lega at…

Hari Wanita

Image
Terkejut...
Terperanjat...

Kenapa sebagai wanita saya terlepas perasan bahawa hari ini 8 Mac 2013 merupakan Hari Wanita.
Mungkin kerana minda dan jiwa saya lebih perasan isu Lahad Datu..Sulu..PRU...
Saya  tahu melalui siaran Radio Ikim yang saya ikuti sewaktu dalam perjalanan balik tadi.

Ishh..tak patut betul.... Bila difikir dan direnung...tak kisahlah tentang Hari Wanita tu..sebab apalah yang nak disibukkan seHari Wanita. Malahan saya kenal ramai kawan-kawan Wanita saya yang setiap hari ialah Hari Wanita. Mereka memang bukan calang-calangnya Wanita. Saban waktu dan setiap hari mereka berusaha memerah idea dan menjana usaha mengangkat martabat wanita. Dengan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan pada masa yang sama mengimbanginya dengan kerjaya, saya wajar memberikan kredit buat mereka kerana sentiasa berhati teguh melaksanakan tugas dakwah.

Buat mereka saya doakan mereka terus menderap langkah untuk mengangkat martabat wanita selari dengan kehendak Allah dan RasulNya. Semoga saya …

Andai ku pergi

Image
Andai ku pergi

Nak tahu tak orang apa yang paling jahat??
Orang yang tak buat successor planning.
Apa tu successor planning??
Mengikut kata boss kat rumah saya ni... perkara tu maksudnya seorang pemimpin menyediakan pengganti dirinya  sekiranya seseorang pemimpin tu berhenti (dipecat, bertukar atau sakit atau meninggal)
Semua syarikat besar atau kecil akan buat successor planning ni. Biasanya post untuk jawatan ketua atau utama akan ada successor planning.

Apatah lagi sebuah negara. Negara ni bukan mcam syarikat konglamerat atau apa-apa. NEGARA!!!
Tapi..adalah sebuah negara tu..dulu Perdana Menteri dia buat successor planning dan telah menyediakan bakal penggantinya.Tiba-tiba Perdana Menteri tu buang akalnya dan cantas pengganti tersebut sehabis-habisnya. Penggantinya tu bolehlah dikatakan okay dan berkepimpinan. Ramailah rakyat yang sokong dan dokong. Tapi entah kenapa .. si pengganti tu di dajjalkan. Pernah juga terbaca pengakuan Perdan Menteri (dah jadi bekas sekarang ni) sebenarny…

Jom jalan-jalan

Image
Jalan-jalan
Masa zaman budak-budak dulu ( umur 6 thn lebih kurang)...saya sangat menunggu moment bapa saya balik kerja. Sebab setiap petang ayahda tercinta saya akan membawa saya berjalan-jalan sekeliling kampung. Tanpa dipaksa atau disuruh-suruh oleh ibu, saya bersiap mandi dan bedak wangi-wangi sambil menunggu bapa  pulang dari kerja lebih kurang pukul 5 petang.  Sesuatu yang agak pelik sebab dari kejauhan saya boleh mendengar bunyi motornya.... Honda 70 kalau tak silap saya. Sedangkan waktu tu banyak je motor jiran tetangga yang lalu lalang. Bila difikirkan mungkin deria dengar  saya  telah digunakan semaksima mungkin. 
Apabila bapa saya pulang, saya akan membonceng dibelakang  motosikal bapa  manakala adik saya yang ketika itu berumur 2 tahun lebih didudukkan di dalam bakul motor. Tak banyak yang dibualkan. Tapi saya benar-benar menikmati suasana petang. Angin segar yang berhembus menerpa muka sedang cahaya mentari redup petang yang menyinar hati saya, Habis  pusing kampung sendiri ba…

Cekodok cicah Asam Pedas vs BRIM

Image
Cekodok cicah Asam Pedas vs BRIM

Petang dah berbaki serdak..baru kami sampai ke rumah. Biasalah sejak dua menjak ni...hampir lewat petang baru sampai ke rumah.Kalau minggu lepas saya sibuk kerana minggu akhir sukan tahunan sekolah saya, minggu ni anak-anak  di sekolah rendah pula sibuk dengan persiapan akhir sukan tahunan sekolah. Kereta belum lagi di parkir tapi dah ada yang buka mulut....."Ummi lapar lah..". Ya..Ummi faham..ummi lagi lapar tau. Itu ayat biasa yang akan keluar dari mulut saya.
Letak je beg galas ..saya terus melangkah ke dapur. Idea untuk memasak mesti keluar seiring dengan derasnya kaki saya melangkah.
Malam tadi alhamdulillah saya dapat hadir ke program katibah. Dapat rezeki ilmu dapat juga bawa balik asam pedas lebihan buka puasa. So petang itu kami pun makanlah cekodok bodoh cicah asam pedas. Memang laju anak-anak tu menghabiskan hidangan special petang tu.


Apa pulak kaitan cekodok cicah asam pedas dengan BRIM. Bagi yang tak tahu BRIM ni dah jadi macam …

Ini kalilah

Image
Ramaikah kita??? Berapa banyak khalayak yang menyokong  kita?? Menyokong gagasan kita..
Jangan sesekali kita terpedaya dengan kuantiti. Sedikit tidak menggambarkan kelemahan dan banyak pula tidak mencerminkan kekuatan. 
Firman Allah swt dalam at Taubah:25  Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.

Dari ayat tersebut Allah SWT telah memberikan pelajaran berharga kepada kaum Muslimin agar membuang jauh-jauh sifat takabur, merasa diri lebih besar dari lawan yang dihadapinya.Peperangan itu bermula ketika Rasulullah saw dan para pengikutnya yang berjumlah kurang lebih 12 ribu orang prajurit, pada 6 Syawal 8 H berangkat dari Mekah menuju suatu tempat yang diberi nam…

Nasi Minyak Tarbiyyah

Image
Nasi Minyak  Tarbiyyah




Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami sekeluarga akan keluar untuk memenuhi undangan perkahwian. Makan nasi minyak. Tapi kena tengok juga samada undangan sekeluarga atau tidak. Alhamdulillah juga  kami diundaang ke majlis perkahwinan itu sekeluarga. Minggu sebelum ini 3 majlis dan sama juga yang berlaku pada minggu ini. memang purata undangan makan nasik minyak ini dua atau tiga tempa seminggu. Bagi pihak saya undangan bekas anak murid , rakan sekerja, saudara mara dan sahabat handai. Sebelah suami pun tak kurang undangan.

Tidak dapat dinafikan masa di hujung minggu bagi kami sekeluarga amat berharga. Maklumlah hari-hari yang lain diulit kesibukan di tempat kerja dan di sekolah. Namun undangan untuk makan nasi minyak ini cuba kami penuhi sebaiknya. Antara cabaran untuk memenuhi undangan ialah anak-anak yang telah meningkat remaja. Bila diajak untuk pergi..mulalah tarik muka. Pujuk dan rundingan perlu dilakukan. Selalunya berjaya tapi sesekali tak makan pujuk. …

Bahagia yang tak perlu nak dicemburukan

Bahagia??

Apakah bahagia?
Bahagia apabila anak minta duit
Kenapa?
Kerana nak berikan pada si tua yang sedang mengerah kudrat mengutip sampah sebagai sumber rezeki.


Bahagiakah??
sangat bahagia kerana
Anak dah boleh tolong kejutkan adik-adik untuk solat subuh
Anak dah boleh tolong nasihatkan adik-adik supaya solat


Bahagia ke??
Sangat bahagia kerana
dah hampir nak sampai rumah tapi anak kata
jom solat di masjid dulu.......

Wah bahagianya...
Terima kasih Allah



Asteroid dan meteor

Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid.
Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan. Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari. Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid. Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil. Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar ast…

Status taqwa

Sebelum ini lalai.... sebelum ini alpa.... sebelum ini engkar. sebelum ini jahil......
Mari berusaha tukar status sebagai orang lalai, orang yang engkar dan jahil kepada hamba yang bertaqwa. Berikut ialah maksud bagi ayat-ayat Al Quran yang mengandungi perkataan taqwa.
1.Orang yang berstatus taqwa tidak kisahkan dunia sangat.
Al An'am32. Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka[468]. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
2. Orang yang berstatus taqwa akan mendapat hadiah dari Allah iaitu SYURGA
Al Furqaan:15. Katakanlah: "Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau surga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?."
Ad Dzariyaat:15. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air,
3. Orang yang berstatus taqwa adalah The Winner
An Naba…

Kenali Islam Melalui Orang yang Pernah Tak Islam..

Image
Kenali Islam Melalui Orang Yang pernah Tak Islam

Alhamdulillah malam semalam saya berkesempatan menghadiri Halaqah Mingguan Ikram yang diadakan di  pejabat Ikram Negeri Johor, Taman Universiti, Skudai. Malam itu slot ceramah diisi oleh brother Muhammad Fitri Abdullah. Pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi dapat dikutip dan dijadikan panduan.


Memang sesuatu yang sangat menarik dan mengujakan kerana dapat mendengar sendiri pengalaman dari orang yang pernah tak Islam. Sesungguhnya saya dapat merasakan setiap lontaran kata dan nasihat yang cuba disampaikan benar-benar ikhlas dan penuh penghayatan. Umpama orang yang pernah buta dan apabila dapat melihat... perasaan yang ingin digambarkan tidak dapat diungkapkan.

Sesungguhnya sebagai manusia yang dipilih Allah menjadi Muslim atas keturunan, saya pastinya sangat bersyukur. Cuba bayangkan individu yang suatu ketika dulu pernah menyembah Tuhan selain Allah dan kini menganut agama Islam....pastinya mereka sangat bersyukur. Ini dapat dilih…