Posts

Showing posts from November, 2011
Image
Murid Sepanjang Hayat: wasiat untuk murid


Terkenang-kenang ketika zaman persekolahan dan di universiti dulu. Saat-saat menadah ilmu yang terkadang disulami pahit manis, susah dan senang malahan suka dan duka.. Menjadi seorang murid merupakan suatu  kedudukan yang istimewa . Status murid menjadikan seseorang itu berada dalam kehidupan yang sentiasa diberkati.Ini disebabkan seorang yang bergelar murid akan sentiasa berdampingan dengan  ilmu pengetahuan dan ahlinya.
Tarbiyatul Aulad karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan memperincikan adab-adab murid yang setiap dari kita perlu perhalusi:

At Tabrani meriwayatkan daipada Abu Umamah, Rasulullah saw bersabda
"Tiga perkara tiada seorang yang mensia-siakannya, melainkan dia itu seorang munafik: seorang tua Muslim, ahli ilmu pengetahuan dan pemimpin yang adil."

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad as Sa'idi bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Ya Allah, Ta Tuhanku! Janganlah sampai aku menemui suatu zaman di…

Bila dimudahkan..jangan sukarkan

Setuju tak kalau saya katakan hidup ni sebenarnya macam permainan bola sepak.Kenapa?? Mari kita renunginya... Peraturan yang mudah dan peralatan yang minima menjadikan bola sepak digilai ramai. Dari si anak berusia 2 tahun hingga ibu tua berumur 60 tahun.... semua boleh layan Permainan ini melibatkan jaringan gol. Dalam bola sepak...kesalahan dikenakan denda..amaran...kad kuning...tendangan percuma...offside(betul ke) dan ...

Hidup ini mempunyai gol-gol yang perlu dijaringkan. Mainlah atau hiduplah tapi peraturan perlu diikuti. Siapa yang tetapkan peraturan hidup ini....Allah Yang Maha Adil yang sentiasa mengadili kehidupan kita. Kita diberi panduan untuk mencapai tujuan(gol) hidup. Hidup ini mempunyai peraturan yang mudah. Yang menyukarkan ialah kita. Apabila kita memilih untuk tidak mengikut peraturan..pasti kita akan dalam kesukaran. Hidup ini adalah perjuangan. Perlu kerja keras untuk mencapai kejayaan. Tidak boleh leka atau ambil mudah. Jika tidak musuh atau pihak lawan akan meng…