detik 01.01.10


Jam sudah menghampiri 2.30 pagi. Hari ini tanggal 1 Januari 2010 atau 01.01.10.


Hai mata..mengapa masih tak mengantuk??Tidak ..mata saya sudah menunjukkan isyarat mengantuk tapi kerana kepala saya yang terus-terusan ligat memikir..mata terpaksa bertahan.


Besok pagi jam 8.30 pagi saya sudah dijadualkan mengajar kelas tambahan di sekolah.Hanya beberapa jam saya akan punya masa merehatkan diri untuk bertugas esok. Serasa saya tidak mahu berehat. Malam ini anak-anak tidur di ruang tamu.. tertidur saat menunggu saya pulang. Tadi jam 12 tengah malam saya pulang... pulang dari sesi berukhwah dan mencambah iman. Besok saya harus menebar amal...jika Allah panjangkan umur saya sampai besok.


Saya pandang satu-satu dan lama-lama wajah anak-anak. Mulusnya wajah mereka... bersihnya jiwa mereka saat ini. Apakah sama wajah dan jiwa mereka esok hari?? Saya takut..takut dan gusar.


Tadi sewaktu pulang saya berpas-pasan dengan percikan dan dentuman bunga api. Al maklum saya tinggal di pinggir kota yang serba moden ...JB. Bunyi bunga api new year serasa di sebelah rumah. Gembira betul mereka meraikan new year. hati saya meraung mendengar dentuman itu. Kerana saya tahu di situ ramai anak-anak bangsa saya yang meratah rakus dosa dan haram jadah.


Saya macam tak mahu berehat. Andai ada kudrat dan saya kuat..saya ingin merentap tangan anak-anak bangsa saya.. saya ingin katakan pada mereka ..pulanglah nak...kasihanlah pada ibu ayahmu..ingatlah Tuhanmu Allah dan Rasulmu Muhammad...untukmu hisab adanya syurga dan neraka.


Hari ini anak bangsa saya...hari esok mungkin anak saya...saya semakin takut dan gusar.... saya cuma dapat bersandar. Bersandar pada pertolonganNya.


Besok saya akan menebar amal..buat anak bangsa saya yang mahu membuka jiwanya untuk dididik.

Comments

Popular Posts