Murid Sepanjang Hayat: wasiat untuk murid


Terkenang-kenang ketika zaman persekolahan dan di universiti dulu. Saat-saat menadah ilmu yang terkadang disulami pahit manis, susah dan senang malahan suka dan duka.. Menjadi seorang murid merupakan suatu  kedudukan yang istimewa . Status murid menjadikan seseorang itu berada dalam kehidupan yang sentiasa diberkati.Ini disebabkan seorang yang bergelar murid akan sentiasa berdampingan dengan  ilmu pengetahuan dan ahlinya.
Tarbiyatul Aulad karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan memperincikan adab-adab murid yang setiap dari kita perlu perhalusi:

At Tabrani meriwayatkan daipada Abu Umamah, Rasulullah saw bersabda
"Tiga perkara tiada seorang yang mensia-siakannya, melainkan dia itu seorang munafik: seorang tua Muslim, ahli ilmu pengetahuan dan pemimpin yang adil."

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad as Sa'idi bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Ya Allah, Ta Tuhanku! Janganlah sampai aku menemui suatu zaman di mana manusia tidak lagi menurut kata-kata orang yang alim, manusia tidak lagi merasa segan kepada orang yang penyantun, hati mereka itu sepertin hati orang asing, tetapi lidah mereka lula lidah Arab."

10 Wasiat untuk murid:

1. seorang pelajar mestilah merendahkan diri terhadap gurunya.
Imam Syafie pernah ditegur kerana terlalu merendahkan diri terhadap para ulama, lalu katanya
"Aku merendahkan diriku kepada mereka, sedang mereka pula memuliakan. Dan tiadalah akan dimuliakan diri yang tiada terlebih dulu dihinakan."

Imam Ghazali pernah berkata"Ilmu itu tiada akan dicapai melainkan dengan merendah diri, dan mendengar baik-baik kepadanya."

2.Seorang murid mestilah memandang kepada gurunya dengan penuh hormat, meyakini guru itu lebih sempurna, kerana itu kelebihan manfaatnya.
Telah berkata Imam Syafii " Saya membuka halaman kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan, kerana bimbang dia mendengar bunyi kertas itu."

Satu peristiwa telah berlaku di antara putera Khalifah al Mahdi dan Syuraik(ulama semasa pemerintahan khalifah al Mahdi). Putera Khalifah al Mahdi telah bertanya kepada Syuraik mengenai sebuah hadis dalam keadaan bersandar pada tembok. Syuraik tidak menoleh kepadanya. Putera itu bertanya lagi, namum Syuraik tidak mempedulikannya. Putera itu marah seraya berkata, " Apakah engkau menghina anak Khalifah sampai begini?" Syuraik menjawab: "Tidak!Akan tetapi majlis ilmu pengetahuan itu lebih mulia di sisi Allah dari boleh aku sia-siakan."

3.Seorang murid mestilah mengakui hak gurunya terhadap dirinya.
 Selain itu murid tidak melupakan kelebihan dan budi gurunya.
 Berkata Syu'bah" Apabila saya belajar sesuatu ilmu dari seseorang, maka saya akan menjadi hambanya selama dia hidup."

4. Seorang murid hendaklah sentiasa mendoakan gurunya sepanjang hayatnya.
Seorang murid itu hendaklah mengambil berat terhadap ahli keluarga gurunya, kaum kerabat dan rakan-rakannya. menziarahi kuburnya, memohon keampunan untuknya dan menghadiahkan pahala buat ruhnya.

5. Seorang murid hendaklah bersabar atas perilaku akhlaknya dan kekerasan gurunya.
Seorang murid itu hendaklah terlebih dahulu meminta maaf atas kekerasan dan kemarahan gurunya, kemudian memohon kemapunan dari Allah untuk gurunya.
Ahli salaf ada berkata" Siapa yang tidak sanggup bersabar atas pelajaran, dia akan kekal jahil dan bodoh  di sepanjang umurnya. Dan siapa yang sabar pula, perkaranya akan berakhir dengan kemuliaan di dunia dan akhirat."

Imam Syafii berkata;" Pernah dikatakan kepada Sufyan bin Unaiyah, bahawasanya ramai orang yang datang kepadamu dari segenap penjuru bumi, sedang engkau sering memarahi mereka, hingga menyebabkan sesetengah mereka hampir-hampir pergi meninggalkanmu. maka Sufyan bin Unaiyah menjawab kepada orang yang menyampaikan berita itu: mereka semua bodoh jika mereka meninggalkan apa yang akan memberi manfaat kepada diri mereka, lantaran mereka tidak suka kepada keburukan kelakuanku.'

6. Seorang murid itu hendaklah di hadapan gurunya sentiasa duduk bersopan santun dan tenang.
 Dalam hal beradab sopan seorang murid itu hendaklah juga merendah diri, mendengar, memerhati, memberi perhatian, tidak menoleh kanan dan kiri atau pergi ke mana- mana tanpa keperluan.

7.Seorang murid hendaklah menjaga perlakuannya sebaik mungkin di hadapan gurunya.
Seorang murid itu hendaklah menjaga dirinya dari perkara yang akan mengganggu ketenteraman dan ketenagan gurunya. Elakkan diri dari bermain-main dengan anggota badan dan pakaian.

Saidina Ali pernah menerangkan hak guru ke atas muridnya:
Hak seorang alim yang wajib ke atasmu; iaitu hendaklah engkau memberi salam kepada semua orang yang berada di majlisnya dan engkau khususkan dengan berjabat salam. Hendaklah engkau duduk  berhadapan dengannya, tidak menunjukkan jarimu kepadanya, tidak mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak mencaci orang di hadapannya, tidak mencari-cari kesalahannya, dan andai dia terkhilaf diterima keuzurannya. Hendaklah engaku memuliakannya kerana Allah, sekiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan, jangan memuji-muji orang lain di majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan berasa jemu duduk bersamanya, hanyasanya dia umpama seekor lebah, yang engkau nantikan sesuatu jatuh daripadanya pada bila-bila masa."

8. Seorang murid hendaklah meminta izin sebelum masuk ke bilik darjah atau rumah  atau tempat khusus gurunya.
Jika tidak diizinkan hendaklah segera pulang dan tidak mengulangi permintaannya. Jika di mensyaki gurunya tidak mengetahui kedatangannya, maka jangan mengulangi permintaannya lebih dari tiga kali. Hendaklah mengetuk pintu dengan perlahan dan beradab. Apabila masuk berjumpa gurunya hendaklah murid itu berpakaian sempurna, menjaga kebersihan badan dan pakaian. Kerana majlis ilmu adalah majlis zikir dan perkumpulan untuk beribadat.

Diriwayatkan bahawa pernah Ibnu Abbas r.a semasa menuntut ilmu kepada Zaid bin Tsabit, menunggu di pintu rumahnya sehingga Zaid bangun dari tidurnya. Pernah ada orang yang menanyi Ibnu Abbas: Apakah engkau mahu aku kejutkan dia? Jawabnya: Jangan! Adakalanya si murid terpaksa menunggu lama sekali, sehingga matahari tinggi, namun dia tetap bersabar juga. "

9. Seorang murid hendaklah memberi perhatian kepada gurunya meskipun ilmu yang didengarnya telah difahami, dihafal seolah-olah dia tidak pernah mendengarnya.

Atha' berkata; "Saya pernah mendengar bicara dari seseorang, sedangkan saya lebih mengetahui tentangnya daripada orang itu, namun saya tetap mendengar daripadanya, saya berpura-pura tidak tahu akan bicara itu

10. Seorang murid itu hendaklah mengelakkan dari membuang masa dengan mengulang perkara yang telah difahaminya.
Sorang murid itu juga hendaklah tidak melalaikan diri dari mendengar dan memahami ajaran gurunya. Sekiranya dia mengelamun atau memikirkan perkara lain ketika guru mengajarnya, kemudia meminta pengulangan itu dikira kekurangan adab. Seorang murid itu hendaklah mengemukakan permintaan pengulangan setelah menyatakan keuzurannya dengan bersopan santun.

       Demikianlah adab-adab seorang murid kepada guru. Ini merupakan hak-hak kemasyarakatan yang sangat penting. Pembentukan tingkah laku dan akhlak ini tidak dapat dipertikaikan lagi merupakan keutamaan dalam dunia pendidikan sebelum pembentukan ilmu dan pembelajaran.
Oleh kerana itu didapati salafussoleh selalunya terlebih dahulu mengutamakan pendidikan anak-anak dan murid-murid mereka dengan akhlak yang tinggi. Kemudian barulah nak-anak itu dilengkapkan dengan ilmu dan makrifat.Anak-anak yang ditunjukkan semua adab-adab ini sejak mula membuka matanya, dididik supaya menghayati sedari kecil maka mudahlah baginya menunaikan semua kewajipan dirinya.

Namun semua adab-adab itu mestilah terlebih dahulu dihayati dan diparaktikkan oleh para guru.
Perkara yang perlu ada pada seorang guru atau mu'allim:
1. Bertaqwa
2.menunaikan segala tuntutan agama dan meninggalkan segala larangannya.
3. Mengharapkan ketengan kerana Allah
4. Meyakini (Iman) sepenuhnya kepada Islam dari segi aqidah dan syariat.
5. Menuruti al Quran dalam segala urusan


Dari Buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam tulisan Abdullah Nasih Ulwan

Comments

Popular Posts