Ribut Matahari dan Gelombang Elektromagnetik

Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights.


 

Kumpulan pengkaji astronomi serta pelancong tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan yang jarang-jarang berlaku tersebut. Ada antara mereka yang sanggup menyewa kapal persiaran untuk melihat lebih jelas fenomena aurora tersebut di bahagian utara negara Scandinavia.

John Mason, seorang ahli astronomi dari Britain berkata "ia merupakan satu pemandangan yang unik, indah dan mengkagumkan. Saya melihat aurora pertama kali 40 tahun yang lalu dan kali ini adalah yang paling cantik pernah saya saksikan" kata beliau di atas dek kapal MS Midnatsol di utara Norway.


 

Pemandu pelancong di Jukkasjarvi, Sweden, Andreas Hermansson menyatakan bahawa aurora kali ini merupakan yang terbesar pernah dilihatnya sejak enam tahun yang lalu. Beliau membawa rombongan pelancong menaiki bas untuk menikmati cahaya aurora yang berwarna kehijauan menari-nari di langit pada petang hari selasa selama lebih kurang satu jam.


 

Fenomena aurora yang terjadi kali ini juga dilaporkan boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain  sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.



 

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalam kategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat. Ribut matahari sentiasa diawasi kerana ia mampu membawa kerosakan pada satelit dan sistem telekomunikasi.

Sumber : BBC


Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar terkuat dalam tempoh enam tahun dijangka akan menghamburkan radiasi ke Bumi, manakala banyak lagi dijangka berlaku daripada letusan seterusnya yang berlaku dengan pantas.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma menggangu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan yang berada di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Ribut suria yang berlaku kira-kira jam 11 malam (waktu AS) Ahad lalu akan menghentam Bumi dengan tiga kesan berbeza pada tiga tempoh berlainan. "Isu terbesar adalah radiasi yang akan berlaku," kata Pusat Ramalan Cuaca Pentadbiran Angkasa Lepas dan Kelautan Kebangsaan di Colorado.

Ahli fizik Pusat Cuaca Angkasa AS, Doug Biesecker berkata, perkara yang paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang akan dilepaskannya. Radiasi daripada ribut solar yang berlaku pada Ahad lalu tiba di Bumi dalam masa sejam dan dijangka berterusan sehingga ke hari ini. Tahapnya dianggap kuat tetapi beberapa ribut akan menjadi lebih besar. Ada dua tahap radiasi yang tinggi dalam skala ribut solar. Walaubagaimanapun, ribut ini adalah yang paling tinggi tahap radiasinya sejak Mei 2005, katanya.

Beliau berkata radiasi yang dihasilkan adalah dalam bentuk proton, berhamburan dari Matahari pada kelajuan 150 juta kilometer sejam. "Secara keseluruhannya, jumlah ruang antara Bumi dan planet Musytari dipenuhi proton dan anda tidak boleh menghapuskannya kerana kesannya bertahan selama beberapa hari," katanya.

Jurucakap dari Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA), Rob Navias berkata, pakar dalam penerbangan dan pakar solar yang memeriksa nyalaan suria, sudah menjangkakan kesan dan memutuskan bahawa enam angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa tidak perlu berbuat apa-apa untuk melindungi diri mereka daripada radiasi.

Plasma yang keluar dari Matahari ekoran ribut solar berkenaan pula dijangka tiba di Bumi semalam. Ia dijangka akan menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

http://astronomi.angkasa.gov.my/

Comments

Popular Posts