Kursus PBS untuk tingkatan 1 2012

Kursus PBS

Tadi saya berkursus bagaimana untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang akan dilaksanakan bermula kepada pelajar tingkatan 1 tahun ini . Walaupun kursus ini ...fuhhh...3 hari, dari 8-4 petang... saya seronok ..sebab saya sangat menyokong sistem ini. Apapun sebabnya..saya nampak bahawa anak-anak ini akan belajar supaya dapat mengamalkan ...belajar untuk tahu, faham dan paling baik sekali mengajar kepada rakan-rakan lain. Belajar bukan semata-mata untuk Peperiksaan. Apa taknya berapa ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tapi kurang adabnya...saya pun tiada statistik.
   Diharapkan anak-anak ini akan memahami bahawa  mereka belajar, mereka ke sekolah untuk menimba ilmu yang menjadi cahaya kehidupan mereka..bukan untuk mengejar A semata-mata.

Comments

Popular Posts