Analogi jiwa anak dan adunan donut.

Apakah yang diperlukan oleh seorang anak dari ibubapanya?

1. Ingin perhatian
2. Ingin difahami
3 .Ingin dihormati
4. Ingin diutamakan
5. Ingin dipercayai
6. Ingin diterima
7. Ingin dihargai
8. Ingin dikagumi
9. Ingin sokongan
10.Ingin dorongan
11. Ingin belaian

Rasanya tak perlu dihuraikan panjang lebar. Agak-agaknya ada lagi tak perkara yang mungkin tertinggal. Sebagai ibubapa kita mungkin hanya nampak keperluan berbentuk fizikal seperti makanan, pakaian dan  tempat tinggal. Namun perlu diinsafi bahawa keperluan yang bukan bersifat material atau fizikal ini lebih banyak dan sukar. Ibubapa yang bekerja meninggalkan anak-anak dalam jangkamasa yang lama untuk memenuhi keperluan material (yang ibubapa rasakan sangat penting). Apabila pulang dari kerja dalam keadaan letih dan masa yang sangat singkat( anak-anak masuk tidur  pukul 9.30 malam) barulah keperluan anak-anak yang bersifat tidak material ini cuba dipenuhi.
Pada tahap pembinaan yang penting iaitu dari umur 0-12 tahun ibubapa perlulah berusaha memenuhi keperluan bukan material ini kerana waktu ini jiwa mereka masih mentah dan lembut. Saya suka nak kaitkan  jiwa anak-anak ini dengan analogi dough/adunan untuk membuat donut. Dough yang terdiri dari tepung, air, yis, susu, telur dan sebagainya disatukandan perlu  diuli sebaik-baiknya. Jika kita biarkan dalam keadaan tak terjaga dough itu tidak akan naik malahan menjadi keras. Bahan yang perlu dimasukkan dalam adunan perlu secekupnya tak boleh terlebiha atau terlalu kurang. Bagi dough yang mendapat belaian yang cukup dan penjagaan yang rapi( ada sesetengah orang masukkan dalam peti ais sekejap supaya naik dengan cantik). Hasilnya bagi dough yang baik tadi akan diperolehi donut yang sedap. Apatah lagi bila ditambah aksesori seperti gula kastor atau cairan coklat yang ditabur warna-warni.Tapi apa jadinya kalau dough itu keras..donut tak menjadi nak buang sayang nak makan tak menyelerakan. Tapi yang paling penting sebelum buat apa-apa baca bismillah dulu. supaya berkat segala pekerjaan kita.
Dah lama tak nulis..sorry lah ye. Harap ada manfaat. Moga kita dapat mendidik anak-anak amanah Allah ini sebaik-baiknya. Bantulah kami ya Allah

Comments

Popular Posts