Video Bdak Baru Pandai Naik Basikal

        Zubayr mula belajar naik basikal tanpa tayar sokongan pada 25 November 2013. Pada umurnya 4 tahun lebih ..seperti juga abang-abang dan kakak-kakaknya. Latihan menunggang basikal ini saya lakukan pada waktu cuti sekolah yang agak panjang. Selalunya saya memperuntukkan waktu selama seminggu. Pra latihan bermula dengan menunjukkan rakan-rakan lain yang seusia pun boleh berbasikal. Ini penting supaya dia mempunyai keyakinan yang jitu terhadap dirinya sendiri. Setelah dia yakin barulah saya menanamkan keyakinan bahawa saya sebagai jurulatihnya boleh membimbingnya sehingga berjaya. Dia mesti percaya pada dirinya dan pada jurulatihnya. Misi latihan akan jadi sangat mudah.
 Saya mulakan dengan membuang tayar sokongan sebelah kanan. Ia berlangsung selama dua hari. Sesi latihan ini untuk mengimbang badan. Sesi ini memerlukan kesabaran kerana anak berasa takut. Ketika ini kita perlu sentiasa memberikan semangat dan banyak membantunya supaya dia tidak jatuh. Penat jugalah berlari sambil berusaha mengampu bandannya supaya sentiasa imbang. Lama kelamaan dia akan dapat mengimbang dengan mudah tanpa tayar sokongan sebelah kanan.

 Setelah dapat melihat perkembangan yang meyakinkan. Kemudian saya  telah berbincang dengannya samada dia  bersedia untuk membuang kedua-dua tayar sokongan.Saya berusaha meyakinkan bahawa dia boleh mempercayai saya dengan membuang kedua-dua tayar sokongan.  Setelah latihan yang agak konsisten tiga hari selepas itu sudah boleh dilepaskan.

Untuk setiap kali mulakan kayuhan saya memintanya membaca Basmallah dan mengucapkan Alhamdulillah.

Alhamdulillah inilah hasilnya.

Comments

Popular Posts