Ahlan ya bulan rejab. bersiap untuk Ramadhan


Selamat datang bulan Rejab..Moga diri ini dapat melalui Syaaban dan mengunjungi Ramadhan.

Sangat cepat masa berlalu..rasanya baru sahaja Ramadhan dilalui..Alhamdulillah...kita dapat berada di bulan Rejab.



Bila ada seoarang sahabat bertanya...Anti boleh khatam Quran sebelum Ramadhan?? rasa tersedar..Ya lah.. sekarang ni masih di Al Baqarah..sempat ke?? Tapi tak pe..ini boleh jadi cabaran untuk mengkhatamkan al Quran sebelum Ramadhan supaya dapat mulakan lembaran yang baru.



Bila tengok sahabat-sahabat berpuasa Rejab...rasa malu pada mereka. malu pada Allah pun ada juga. Tapi cuba nak cover...ye lah baby kecil ,baru 4 bulan ..dapat keuzuran sebab menyusukan. tapi ingat lagi ramadhan lepas..pragnent 3 bulan dan tengah teruk morning sickness. berjaya juga berpuasa (2 hari tinggal sbb muntah teruk) kerana doa..doa minta Allah tolong untuk puasa.



Baru-baru ni selalu rasa sakit pada bhgn urat leher... rasa tegang urat tu. teringat cerita mak masa balik kg. Jirannya meninggal sebab darah tinggi..urat kepala putus. Ya Allah panjangkan umurku dalam iman dan kerahmatanMu.....

Comments

Popular Posts