Malam al Qadar yang didambakan


Apakah malam qadar(lailatul qadar)??


Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara dari perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun. Ia berlaku pada bulan Ramadhan yang keistimewaannya ia lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan 84 tahun.


Bilakah akan berlakunya malam Qadar??


Ilmu tentang bilakah ia berlaku telah diambil oleh Allah dari Nabi gara-gara kesalahan pertengkaran yang dilakukan oleh dua orang lelaki di antara kaum muslimin.


'Ubadah bin as Shamit berkata:" Bahawa Rasulullah saw keluar untuk memberitahu tentang lailatul qadar, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar, maka baginda bersabda:"sesungguhnya aku keluar untuk memberitahu kalian tentang lailatul qadar. tetapi sesungguhnya si fulan dan si fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang lailatul qadar). namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. carilah lailatul qadar pada malam tujuh, sembilan dan lima(yang terakhir)." HR al Bukhari


Aisyah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda bersedialah dengan sungguh-sungguh untuk menemui lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang terakhir dari bulan ramadhan.


malam-malam yang ganjil itu ialah malam 21,23,25,27 dan 29 bulan Ramadhan.


Apakah tanda-tanda malam Qadar??


1. Sinar cahaya yang lebih kuat/terang pada malam berbanding maalam lain


2.Thoma'ninah iaitu ketenangan dan kelapangan haati yang lebih kuat dirasakan oleh orang-orang yang beriman berbanding malam-malam lain


3. Angin dalam keadaan tenang, tidak berhembus kencang, tiada badai dan guruh. berdasarkan hadis riwayat Jabir bin abdillah sesungguhnya rasulullah saw bersabda "sesungguhnya aku melihat lailatul qadar kemudian dilupakanNya, lailatul qadar turun pada 10 akhir(bulan ramadahan) iaitu malam yang terang, tidak dingin, tidak paanas serta tidak turun hujan."


4. kenikmatan beribadah dirasakan lebih tinggi berbanding malam-malam lainnya.


5.Adapaun alamat setelah terjadi (iaitu pada pagi harinya) ialah matahari terbit pada pagi hari dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan, berbeza dengan hari-hari biasa. Hal ini erdasarkan hadis riwayatsahabat bernama Ubay bin Ka'ab yang mengatakan"sesungguhnya Rasulullah saw mengkhabarkan kepada kami"sesungguhnya matahari terbit pada hari itu dalam keadaan tidak tersebar sinarnya." HR Muslim


Apakah amalan yang boleh dilakukan pada malam itu???


1. beribadah solat

2. memohon ampun

3. membaca dan mentadabbur alQuran

4. memperbanyakkan doa

5. menegjutkan ahli keluarga untuk beribadah seperti yang dilakukan oleh nabi saw

6. Solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah

7. banyakkan bersedeqah atau berzakat pada malamnya

8. iktikaf di masjid bagi lelaki. bagi wanita beriktikaf di rumah di ruang khas untuk beribadah.


Sumber: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, Ketua Bidang Tahfiz, Sek Men Islam Hidayah JB


Firman Allah swt dalam Surah Al Qadar

1.Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam qadar.

2.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3.Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Asbabun Nuzul ayat 1-3: Mujahid menegaskan bahawa pada zaman Bani Israel ada seorang lelaki yang tekun melakukan ibadah di malam hari dan berjuang meluhurkan agama Allah di siang hari selama seribu bulan. Oleh kerana itu Allah swt menurukan ketiga ayat ini sebagai ketegasan bagi umat Rasulullah agar mereka dapat beramal seperti lelaki bani israel itu.( HR ibnu Jabir)

4.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan

5. sejahteralah malam itu sampai terbit fajar

Comments

Popular Posts