Robohkan rumah ini!!


Pada suatu hari Tuan Said seorang jutawan telah didatangi oleh sekumpulan penduduk kampung. Mahligai Tuan Said memang sering dikunjungi orang tapi kali ini suasananya agak lain sedikit.



"Bagaimana ye Tuan Said....Kampung kita kini sedang dilanda masalah besar." berkata wakil penduduk yang kelihatan garis-garis di dahinya



"Masalah besar??Hmm bawa bertenang .. apa masalah yang besar tu. Mari bawa berbincang." Tuan Said cuba meredakan suasana yang agak tegang itu.



"Kalau kita perhatikan.. anak-anak muda di kampung ni semakin menjadi-jadi perangainya. Liar dan kurang ajar."celah seorang penduduk lain.



"Ramai yang terpengaruh dengan budaya luar dan liar.Minggu lepas...polis tangkap 10 orang kerana berjudi haram. Malam semalam pulak polis tangkap kumpulan anak-anak muda berlumba haram. Entah apa benda haram lagi yang mereka buat." sampuk pak imam yang duduk bersetentang Tuan Said.



"Ya saya pun dah perasan perkara ini.....pergaulan bebas lelaki perempuan, pakaian tak senonoh semakin berleluasa...hmmm kena buat sesuatu ni. Saya dah fikirkan perkara ni..serahkan pada saya untuk buat tindakan. Tapi saya minta kumpulkan semua anak muda di kampung ni di rumah saya esok malam." Tuan Said akhirnya memutuskan kata-kata.






Keesokan malamnya semua anak-anak muda kampung itu berkumpul di rumah Tuan Said, seorang jutawan yang kerana kemurahan hati di kampung itu.






"Terima kasih kerana kesudian anak-anak datang ke rumah saya. Tujuan saya mengumpul anak-anak pada hari ini ialah untuk memberikan satu tawaran." kata Tuan Said seraya memandang anak-anak muda yang berkumpul di rumahnya.



"Tawaran?? Tawaran apa Tuan Said." seorang pemuda yang mempunyai rambut seperti landak bertanya dengan suara agak lantang.



"Saya nak menawarkan pekerjaan dengan upah RM3000 seorang untuk membina sebuah rumah. Rumah itu ialah sebuah rumah kampung yang berkos RM1 juta yang terletak di tanah di pinggir laut." beritahu Tuan Said



"Kami tak mempunyai kepakaran. Tapi upah tu cukup lumayan. Rasanya kami terima." balas seorang pemudsa lain yang memakai anting-anting.



"Tak mengapa... kerja pembinaan ini akan dibantu oleh pekerja-pekerja saya yang memang terlibat dalam bidang pembinaan."Tuan Said memberi sedikit penjelasan






Anak-anak muda di kampung itu tidak lagi melakukan kerja yang tidak berfaedah. Sebaliknya mereka berkumpul dan bersama-sama membina rumah yang dimaksudkan oleh Tuan Said.






Selepas dua bulan



"Alhamdulillah..siap rumah ini." Tuan Said berkata dengan penuh kesyukuran.



"Ya..tak sangka. Cantik sungguh. Rasanya paling cantik di kampung ini."menyampuk seorang anak muda



"Kalau begitu sebagai tanda kesyukuran saya bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran di rumah itu. Saya minta semua hadir ke majlis itu kerana saya akan berikan suatu ganjaran."






Selepas majlis kesyukuran itu...



"Alhamdulillah...semua dapat datang. Saya ingin menawarkan upah sebanyak RM6000 seorang." Tuan Said membuat tawaran keduanya.



Lumayannya...tapi apa tugas kali ni??



Tugasnya ialah robohkan rumah ini.



ROBOHKAN RUMAH INI????Tapi..Tuan Said...



Kalau anak-anak semua nakkan upah yang saya janjikan ... kenalah robohkan rumah ini.






Proses merobohkan rumah pun dilakukan keesokkan harinya...



Mulailah mereka membongkar atap, dinding, perhiasan. Kemudian mereka meruntuhkan tiang diikuti memecahkan dasar rumah. Akhirnya rumah itu selesai dirobohkan...






Setelah siap tugasan itu Tuan Said pun datang untuk menyerahkan ganjaran upah.



Kelihatannya anak-anak muda itu berwajah kecewa...



"Tuan Said kami tak faham... kenapa Tuan Said robohkan rumah ini dan beri upah berganda berbanding membinanya." tanya seorang pemuda dengan agak kesal



"Saya faham kekecewaan anak-anak. Saya harap akak-anak fikirkan apa yang akan saya perkatakan ini." jawab Tuan Said






"Sewaktu kerja pembinaan rumah itu anak-anak telah memulainya dengan membina dasar rumah diikuti menegakkan tiang-tiang. Setelah dipastikan kukuh barulah boleh di pasang atap dan dindingnya. Tempoh masa pembinaan dua bulan tapi anak-anak pasti teruja untuk melihat hasilnya. Proses pembinaan itu seakan mustahil kerana anak-anak tidak mempunyai kepandaian tetapi melalui tunjuk cara dari mereka yang pakar rumah berjaya dibina." Anak-anak muda kelihatan menekur ke tanah memikir kata-kata yang diungkapkan oleh Tuan said




"Begitulah agama Islam..Kekuatan agama kita terletak kepada kekuatan aqidah. Kalau kukuh aqidah maka akan kukuhlah agama kita..Untuk membina agama pada diri, kita perlu merujuk kepada mereka yang arif, tidak mungkin kita berjaya tanpa ilmu." sambung Tuan Said sambil melepaskan pandangan ke tapak bekas rumah.






"Sebaliknya apabila merobohkan rumah itu anak-anak perlu membongkar atap, dinding dan perhiasannya dahulu.Jika terus dirobohkan kita pasti ditimpa bumbung dan tiang. Begitulah musuh-musuh Islam yang cuba meruntuhkan agama Islam..mereka akan menjauhkan kita dari budaya Islam. Mereka akan memastikan kita tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Pakaian, cara hidup, makanan dan pekerjaan pun diusahakan supaya kita tidak mengikut ketetapan agama. Setelah kita menjauhi budaya Islam dengan mudah aqidah Islam dicabut dari dada kita. Dan mereka sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk merobohkan agama kita." Terang Tuan Said lagi.




" Saya pun sedih kerana robohnya rumah yang cantik, kukuh dan tegap ini. Tapi saya lebih sedih jika agama diruntuhkan ......" Tuan Said menutup bicaranya di petang itu



















Comments

Popular Posts