Jejak Rasul


Sepanjang cuti sekolah ini saya dan anak-anak berpeluang menonton VCD Jejak Rasul : Muhammad - The Last Messenger(Musim ke 12). Sepanjang ingatan saya..amat sukar untuk menonton dokumentari ini yang disiarkan secara bersiri sepanjang bulan Ramadhan. Siri ini menggali sirah Nabi Muhammad saw yang penuh cabaran, seksaan, pengorbanan dan semangat persaudaraan dalam usaha menyebarkan kebenaran dan keagungan Islam. Saya dan anak-anak berpeluang melihat kesan peninggalan dan tempat-tempat bersejarah seperti medan Badar, Bukit Uhud, Gua Hira' dan banyak lagi. Walaupun hanya menonton visual tetapi sudah cukup memberi kesan mendalam. Belum lagi pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut. Landskap Makkah ,Madinah dan Masjid Aqsa, Jordan dan sebagainya yang dipaparkan memberi gambaran jelas kepada kami. Anak-anak saya yang berusia 8 dan 7 tahun yang dapat merasakan kesukaran Rasulullah dan sahabat dalam memperjuangkan Islam. Sirah Nabawiyah sangat penting dalam pendidikan awal anak-anak. Sangat eloklah jika sedari kecil anak-anak kita dapat mengenali hero-hero Islam berbanding hero ciptaan barat. Contohnya seperti Saidina Jaafar at Tayyar iaitu syuhada Perang Mu'tah. Beliau digelar at Tayyar kerana terbang menyambar bendera Islam sewaktu gugurnya Panglima Zaid bin Harithah. Puaslah saya bersoal jawab dengan anak-anak yang sangat teruja dengan cerita yang dipaparkan...Dan puaslah saya kerana dapat mengelakkan anak-anak dari menonton program diTV yang melemaskan.

Comments

Popular Posts