Besok MDP....

Setiap hari Khamis..pagi semua akan bergerak dan berprogram. Di sekolah kami, program ini di panggil Majlis Diskusi Pelajar(MDP)..nama lain bagi usrah atau study circle. Semua pelajar akan menghadiri perjumpaan dalam kumpulan kecil seramai 6 ke 7 orang. Ada kumpulan ini yang dibimbing oleh para senior mereka dan ada yang dibimbing oleh guru. Pembimbing ini berperanan sebagai naqib/ah atau mak usrah.

Sesunggunya menjadi seorang naqibah aka mak usrah aka murabbi tidak pernah  mudah. Ini kerana tanggungjawab dan amanah yang digalas  untuk mentarbiyyah sang mutarabbi yang memberikan jiwanya oleh sang murabbi yang juga manusia yang juga sedang ditarbiyyah.

Usrah bukanlah sekadar  pertemuan dalam bulatan  yang mungkin mengambil masa sejam dua tetapi usrah yang sebenar bermula seusai sesi perjumpan mingguan itu. Ini kerana sesudah pertemuan mingguan naqiba/ah sangat perlu berperanan supaya rukun usrah 3T (Taaruf, tafahum dan takaful) betul-betul mendarah daging. Liqa usrah dalam bulatan ini bukannya sentiasa gembira, ada ketika sedih dan ada ketika takut. Macam-macam perasaan ada..al maklum ia adalah jamaah manusia bukan jamaah mesin.

Pertemuan mingguan yang formal disebut sebagai liqa' usrah. Melalui liqa' usrah ini bahan-bahan pentarbiyyahan akan diperbincangkan sesama ahli usrah. Perbentangan dan perbincangan yang diberikan seharusnya dapat membawa kepada tolakan untuk beramal, anjakan paradigma dan menghasilkan biasan ketaqwaan.

Malahan bagi seseorang murabbi,  mutabaah amal adalah slot yang tidak boleh tidak, perlu diperhatikan dalam liqa' usrah. Fungsi mutabaah amal ialah untuk  menyemak amalan setiap ahli dan sama-sama berbincang cara untuk memperbaiki atau meningkatkan amalan. Sebagai contoh elemen menunaikan solat di awal waktu. Sekiranya kedapatan ahli usrah yang tidak dapat melaksanakan solat di awal waktu,  murabbi akan membawa kepada perbincangan dan perkongsian bagaimana untuk memperbaikinya. Selalunya ahli-ahli usrah akan membuat perkongsian cara bagaimana meningkatkan kualiti solat di awal waktu.

Sang murabbi berperanan memperbaiki dan meningkatkan sang mutarabbi dari tahap ke tahap. Proses peningkatan ini dilakukan dengan penuh wibawa dan sistematik. Menariknya setiap sudut mutarabbi ini akan diperhalusi antaranya melalui 10 muwasoffat tarbiyyah. Sang mutarabbi perlu secara sedar dan insaf bahawa dirinya diperbaiki dan dipertingkatkan...semuanya semata-mata demi mardhatillah.

Comments

Popular Posts