Hari Wanita

Terkejut...
Terperanjat...
Kenal mereka??? [kredit]

Kenapa sebagai wanita saya terlepas perasan bahawa hari ini 8 Mac 2013 merupakan Hari Wanita.
Mungkin kerana minda dan jiwa saya lebih perasan isu Lahad Datu..Sulu..PRU...
Saya  tahu melalui siaran Radio Ikim yang saya ikuti sewaktu dalam perjalanan balik tadi.

Ishh..tak patut betul.... Bila difikir dan direnung...tak kisahlah tentang Hari Wanita tu..sebab apalah yang nak disibukkan seHari Wanita. Malahan saya kenal ramai kawan-kawan Wanita saya yang setiap hari ialah Hari Wanita. Mereka memang bukan calang-calangnya Wanita. Saban waktu dan setiap hari mereka berusaha memerah idea dan menjana usaha mengangkat martabat wanita. Dengan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan pada masa yang sama mengimbanginya dengan kerjaya, saya wajar memberikan kredit buat mereka kerana sentiasa berhati teguh melaksanakan tugas dakwah.

Buat mereka saya doakan mereka terus menderap langkah untuk mengangkat martabat wanita selari dengan kehendak Allah dan RasulNya. Semoga saya boleh mengikut jejak langkah mereka dengan bergaya....macam mereka.

Lagu untukmu ..untukku


Comments

Popular Posts