Ni cikgu nak cakap sikit...

Masa sekolah jangan banyak main
Kerja sekolah siapkan itu amanah.
Jangan malas jangan culas
Kalau tak faham, usahakan bagi faham
Tanya ustaz, cikgu, sir, mak ayah, kawan2
Masa sekolah dengar cakap mak  ayah
Jangan jadi budak jahat nakal
Nanti tak lulus periksa
Macamana nak sambung belajar
Kalau belajar sekerat...bahaya.
Lagi2 pelajar aliran agama
Nak kuasai aqidah, fiqh, hadith Quran bukan mudah
Orang ambil aliran agama lagi payah
Engkau jadi penyuluh ummat
Kalau silap, engkaulah sumber kegelapan
Pengikut jadi sasau
Masyarakat meracau
Negara kacau bilau


Apalah nak jadi...

Kefakiran jadi banyak
Kemiskinan jadi lumrah
Nak kenyang jadi susah
Nak belajar jadi payah
Aqidah boleh goyah

Bila...
Yang penting jadi sampingan
Yang patut jadi kemudian
Yang diutamakan jadi mainan
Manusia jadi jadian

Apa?
Apa lah nak jadi
Bila dah terjadi
Kenapa dibiarkan terjadi
Dulu belajar tak menjadi
Dapat ilmu separuh jadi
Sekarang jadi penunggang agama

Comments

Popular posts from this blog

Cendana apabila dibakar..2

Catatan Sang Guru Jangan Diskriminasi

Tahi bintang ingin mencium bumi malam ini??