Catatan Sang Guru Bila di atas jalanraya...

Di suatu petang yang tak berapa tenang. Jalanraya bertaraf negeri ke Skudai hari ni agak sesak. Petang begini semua nak rushing. Kalau 10 orang, agaknya 6 darinya macam aku. Membawa tubuh yang telah lebih separuh dikerah kudratnya untuk berehat di rumah. Rehat?? Hmm ..bolehlah.


Di dalam kereta...ada macam2 laku. Ada yang tidur, ada yang dengar radio, ada yang sedang tekun menggesek muka telipon tangan..dan aku adalah pemandu yang fokus. Fokus sangat !! Aku  fokus untuk sampai ke rumah, buka gate, masuk dalam rumah, letak bag, kerah anak2 solat asar, ke dapur ..buka peti ais........tiba2..
Fokusku barai...
Sebuah kereta putih  dari susur kanan tak semena-mena  terus masuk ke jalan utama iaitu jalan yg sedang aku lalui...dan sangat hampir kereta itu menggesel sebelah kiri keretaku. Mujurlah dengan kelajuan 60km/h aku dapat membrek dan.... pinnn!! Pantas sahaja aku menekan honk. pemandu  kereta itu agak terkejut. Pinnnn! Eh..awak ni dah kenapa???
Hmm..surely blindspot.
Anak teruna di sebelahku yang  tadi begitu asyik dengan talipon tangan segera menoleh ke arah ku...
Terpacul dari mulutnya.  "ummi! Ok..ummi releks"
Sudah 16 tahun dia menjadi pembantuku dalam pemanduan. Dialah side mirror,  cermin belakang malahan camera pengawasan belakang... semenjak umurnya belum sampai 12 purnama . dia telah menjadi co pilot dan telah masak dengan aku. 
Ha..ha..dalam keadaan tangkai jantungku bagai dicerut dan dada yang berombak laut cina selatan...aku tersengih melihat wajahnya yang cuak. Ha..ha...pandai meneka.
Agakya apa bakal aku lakukan?
Dalam keadaan petang macam ni pastinya jalan agak sesak dan kereta pun tak boleh melaju. 
Kereta yang sebarang tingkah tadi  itu sekarang berada di sebelahku dan sekilas aku dapat melihat seorang lelaki awal 30 an. 
Don' t mess with me.
Aku pun menghonknya sambil menghantar isyarat..jangan buat macam tu. Lelaki tadi menoleh, menghantar senyuman dan mengangkat tangan meminta maaf. 

Sorry lah anak. ummi awak ni cikgu. Kat jalanraya pun kena ajar orang. Si anak ni malu betul kena honk dan ummi dia menghonk. Ha..ha. Tu lah sebabnya dia kata ummi releks ... dia tahu ummi akan honk orang tu.

Kalau anda seorang pemandu  tegar sebenarnya anda boleh berbicara sesama pemandu. Antara bahasa/ isyarat yang boleh dihantar ialah
1. Terima kasih beri laluan
2. Hey...pintu kereta tak tutup rapat tu.
3. Tolonglah beri laluan saya ada urgent ni
4. Di hadapan jammed/ ada roadblock
5. Lampu awak tak menyala
6. Lampu awak tinggi sangat...menyilaukan
7. Awak mengantuk ke ni
8. awak main talipon ke
8. Awak ni dah kenapa..main masuk je

Sedikit penutup post saya hari ini. Sedikit sedutan dari buku berjudul Negeri di Ujung Tanduk tulisan Tere Liye. 

Di negeri di ujung tanduk
Kehidupan semakin rosak
Bukan kerana orang jahat semakin banyak
Tapi semakin banyak orang yang memilih tidak peduli lagi


Comments

Popular posts from this blog

Cendana apabila dibakar..2

Catatan Sang Guru Jangan Diskriminasi

Tahi bintang ingin mencium bumi malam ini??