Da'i (pendakwah) kecil




Kita biasa mendengar ustaz berceramah dan kita selalunya jatuh suka pada ucapan ustaz tersebut yang memberi kiat yang menyentuh hati kita. Ustaz akan menambah rencam ceramahnya dengan contoh kisah benar dan kisah lucu. kita pun akan menanamkan azam untuk mengikut perkataan-perkataan ustaz tersebut setelah kita menimbangkan kebenaran kata-katanya.




tapi..pernah tak kita menghadapi situasi di mana seorang anak kecil tanpa sebarang kata yang disulami lelucon telah menyentuh hati kita melalui perlakuannya yang tulus. kita lantas teringat-ingat akan si anak kecil itu akan akhlaknya dan tutur katanya..dan kita merasa sangat kerdil. kita berazam untuk berubah kerana berfikir si kecil pun memahami kebenaran kenapa tidak kita si pak tua.




Pernah tak kita di beri nasihat oleh seseorang yang dewasa tapi kita merasakan dada kita sangat sempit serasa seperti mendaki gunung yang tinggi. selama berhari-hari kita memikir untuk menerima kata-kata nasihat itu walaupun kita tahu kebenarannya.




tapi..andai yang memberi nasihat itu dari mulut mugil si anak kecil. kita pasti tersentuh dan memikirkan perubahan yang harus dilakukan.




mengapa...kerana kita tidak berprasangka pada si anak kecil. Kita merasakan ketulusannya. Sedangkan kalau kata-kata itu dari orang dewasa kita merasakan ada udang sebalik batu.




Begitulah yang berlaku apabila anak-anak Saidina Ali menegur seorang dewasa yang mengambil wudhuk dengan cara yang tidak betul. Anak-anak Saidina Ali menjadi pendakwah cilik melalui akhlaknya.




Alangkah indahnya jika anak-anak kecil kita dapat berperanan sebagai da'i cilik. Sentiasa memperbaharui azam untuk melatih da'i cilik.




"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah meghadapinya sebagai orang yang tuli dan buta. Dan orang-orang yang berkata:"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepadaa kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa."


Al Furqan:73-74










Comments

Popular Posts