Jihad...???


"Awak datang sekolah untuk hidup atau mati tau" seorang guru lelaki berucap di dalam kelas.


Pelajar -pelajar yang tadi kelihatan mengantuk dan kebosanan bingkas duduk tegak.


"kenapa pulak cikgu?" Seorang pelajar kurus tinggi di belakang kelas menyoal gurunya itu.


"Sekolah ni pusat perjumpaan ramai orang dari berbagai tempat...dan kamu pun tau je lah...H1N1 mungkin di bawa oleh salah seorang rakan kamu."Jawab guru lelaki itu.


"Boleh tak kalau kamu niatkan datang sekolah ni sebagai satu JIHAD. Sebagai orang yang berjihad kamu kenalah bersemangat dan berusaha..bukan macam tadi bermalas-malasan" Guru tersebut menghuraikan lagi jawapannya.


"bukan senang nak datang sekolah, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang...dan sangat rugilah kalau dapat datang sekolah tapi tak bersungguh-sungguh."


Pelajar-pelajar di kelas itu kelihatan tunduk mungkin sedang memikirkan dengan mendalam kata-kata guru muda itu.




Sebagai guru atau murabbi kita pun sedang berjihad....(peringatan utk diri)




Sabda Rasulullah saw


"Barangsiapa melewati salah satu jalan dengan tujuan mencari ilmu maka Allah swt membukakan jalan menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya kerana redho kepada pencari ilmu"


hadis riwayat Abu dawud dan At Tarmizi

Comments

Popular Posts